Sunday, May 17, 2009

Method Dakwah 1

Muqaddimah



Segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW imam rasul-rasul dan pengakhir nabi-nabi.



Bagi sesiapa yang mengkaji manhaj yang diikuti oleh Rasulullah SAW dalam dakwah kepada Allah SWT dia akan melihat manhaj tersebut adalah manhaj rabbani bersumberkan wahyu Al-Quran dan petunjuk-petunjuknya yang bijaksana. Al-Quran diturunkan oleh Allah Pencipta Yang Maha Mulia, Maha Mengetahui perkara yang memberi kebaikan kepada manusia di dunia dan akhirat dalam segala keadaan dan kehidupan. Firman Allah SWT:



{لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا}(الأحزاب/21).



[33.21] Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)



Hilangnya manhaj Al-Quran daripada pentas dakwah akan menjerumuskan pendakwah dalam masalah yang banyak, persengketaan dan kepuakan yang mana pertembungan antara para pendakwah adalah suatu yang kritikal.



Akan tetapi, bagi yang memerhatikan serta mengkaji isi Al-Quran dan Sunnah akan mendapati bahawasanya Al-Quran telah menerangkan secara jelas manhaj yang mesti diikuti dalam dakwah kepada Allah melalui contoh ikutan yang baik dan perjalanan dakwah berdasarkan bukti-bukti yang nyata. Inilah manhaj dakwah yang dilalui oleh Rasulullah SAW dalam dakwah baginda. Firman Allah SWT:



{قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنْ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنْ الْمُشْرِكِينَ}(يوسف/108).



[12.108] Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktikad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."



"Keterangan dan bukti yang nyata" yang dimaksudkan ialah keterangan dan bukti yang nyata dalam dakwah, pada pendakwah dan juga pada masyarakat penerima dakwah.



Dakwah melalui keterangan dan bukti yang nyata adalah perintah Allah SWT kepada semua pendakwah yang menyeru kepada-Nya, tidak dikhususkan kepada segolongan manusia sahaja. Ini kerana dakwah Islam adalah global untuk manusia seluruhnya. Sabda Rasulullah SAW:



أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَكَانَ النَّبِيُّ يُبْعَثُ إِلَى قَوْمِهِ خَاصَّةً وَبُعِثْتُ إِلَى النَّاسِ عَامَّة – رواه البخاري ومسلم



Bahawasanya Nabi SAW bersabda: adalah Nabi diutuskan kepada kaumnya secara khusus dan aku diutuskan kepada manusia keseluruhannya. ( HR Bukhari No: 335, Muslim )



Nisbah dakwah kepada Allah dan sifatnya sebagai jalan Rasulullah SAW menunjukkan secara jelas tentang keagungannya, wajib ikhlas padanya dan menggalakkan manusia supaya tetap di atas jalannya. Seruan ini mestilah dapat mendidik jiwa dan akhlak.



Jika kita gambarkan kewujudan Rasulullah SAW dalam situasi kita hari ini, bagaimanakah Baginda akan mulakan dalam menyebarkan dakwah? Apakah yang baginda akan lakukan pertama sekali? Bagaimanakah pendirian Baginda terhadap musuh-musuh yang menunggu peluang untuk menghancurkan Islam? Bagaimanakah baginda akan berdepan dengan mereka?



Berapa banyak yang dapat kita saksikan hari ini penyakit-penyakit yang melanda umat Islam seperti sifat malas, jahil, taklid, serta takut terhadap musuh yang menghalang penyebaran perkara-perkara kebaikan.



Gambaran inilah yang membangkitkan diri kita cara/bentuk reformasi terhadap jalan-jalan dan cara-cara untuk kita harungi sebagai seorang pendakwah ke jalan Allah kerana kita telah bertekad dalam diri-diri kita sebagai penunjuk-penunjuk jalan untuk mengenali Allah SWT.



Sifat-sifat dakwah Rasul dan dengan mengikutnya dalam setiap urusan-urusan kita, memudahkan manusia taat kepada perintah dan mendorong mereka untuk menyahut perkara-perkara yang datang daripada Allah.



Perkara pertama yang diseru oleh para pendakwah : beriman kepada Allah, mewujudkan keyakinan kepada Allah dan Rasul Nya. Firman Allah SWT :



{رَبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُوا بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأَبْرَارِ}(آل عمران/193).



[3.193] Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;



Dakwah kepada keimanan dengan kefahaman yang betul ialah dakwah yang berlaku dengan perkataan dan perbuatan dengan ilmu yang nyata. Dakwah ini bertepatan dengan iman sebagai iktikad di dalam hati, pengakuan dengan lidah, dan amalan dengan anggota.



Mewujudkan keyakinan kepada Allah dan Rasul Nya dengan penjelasan yang nyata dan berdasarkan ilmu tanpa syak adalah perkara yang mendorong manusia untuk berkorban dengan harta dan nyawa. Firman Allah :



{إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ}(الحجرات/15).



[49.15] Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).



Iman kepada Allah ialah yang paling utama. Ia adalah daripada seafdhal amalan secara mutlak. Firman Allah :



{يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ}(الصف/10). {تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنتُمْ تَعْلَمُونَ}(الصف/11).



[61.10] Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

[61.11] Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).



Dalam hadis, daripada Abu Hurairah RA berkata : Nabi telah ditanya apakah amalan yang paling afdhal? Baginda bersabda : iman kepada Allah ,dan rasul Nya. Baginda ditanya lagi : kemudian apa? Baginda bersabda : jihad pada jalan Allah. Baginda ditanya lagi : kemudian apa? Baginda bersabda : haji yang mabrur.



Iman kepada Rasul SAW, adalah rukun kerana baginda merupakan muballigh daripada Allah. Ia merupakan asas di dalam mewujudkan keyakinan terhadap kebenaran tentang perkara yang datang daripada Allah.

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP