Thursday, May 21, 2009

Bagaimanakah Cara Menanam Keimanan


Sesiapa yang memerhatikan permulaan dakwah Rasul SAW akan mendapati bahawa rasul telah menanam keimanan pada peringkat permulaan dengan mukjizat-mukjizat yang nampak dan dapat disaksikan yang menuangkan keyakinan di dalam hati orang yang diserukan dakwah tersebut.


Selepas itu, manusia terbahagi dalam menerima kebenaran kepada dua kumpulan. Satu kumpulan beriman kepada Allah dan rasul Nya. Imannya kukuh dan tetap seteguh iman gunung-gunung yang terpasak. Satu kumpulan lagi telah menolak dan mengharamkan kebaikan, sesat dan lalai. Semoga Allah melindungi kita.


Di antara rahmat Allah kepada kita, dakwah tidak terhad kepada iman terhadap Allah dengan mukjizat yang zahir sahaja bahkan Allah telah menjadikan alam semesta kesemuanya sebagai tanda-tanda yang menunjukkan tentang Yang Maha Tinggi dan Yang Maha Berkuasa.


Sesiapa yang memerhatikan kepada diri dan alam semesta akan mendapati tanda-tanda yang besar yang menunjukkan kepada Allah dan keagungan kekuasaan Nya. Firman Allah :


{وَفِي الأَرْضِ آيَاتٌ لِلْمُوقِنِينَ}(الذاريات/20). {وَفِي أَنفُسِكُمْ أَفَلاَ تُبْصِرُونَ}(الذاريات/21). {وَفِي السَّمَاءِ رِزْقُكُمْ وَمَا تُوعَدُونَ}(الذاريات/22).

[51.20] Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,
[51.21] Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?
[51.22] Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.


Saudaraku, apa pendapat anda tentang iman yang dalilnya adalah alam semesta kesemuanya? Betapa ianya teguh di dalam hati.


Mengikat iman dengan perkara luar biasa dan bukti-bukti adalah salah satu daripada cara paling berkesan di dalam memantapkan iman. Sebagai contoh pada masa sekarang ialah ‘doa’. Berapa ramai manusia yang berdoa kepada Allah ketika mereka berada dalam keadaan terdesak lalu Allah telah memakbulkan permintaan mereka. Berapa ramai manusia yang ditimpa kemarau maka mereka berdoa kepada Allah, lalu Allah memakbulkan doa mereka. Setiap orang daripada kita, jika dia melihat dan memerhatikan dalam kehidupannya pasti akan mendapati bahawa Allah telah memakbulkan doanya ketika dalam keadaan susah dan tertekan ketika mana dia menjuruskan permintaan hanya kepada Allah. Read more


2 comments:

gibank said...

setiap doa yang kita panjatkan pasti diijabah tuhan.. tapi doa juga memiliki cara2 yang benar.. sudah terlalu banyak nikmat yang allah berikan kepada kita maka cara yang tepat untuk berdoa adalah permohonan ampun dan bersyukur.. karna bersyukur merupakan doa yang mendatangkan nikmat yang banyak dari kemurahan allah...

gibank said...

setiap doa yang kita panjatkan pasti diijabah tuhan.. tapi doa juga memiliki cara2 yang benar.. sudah terlalu banyak nikmat yang allah berikan kepada kita maka cara yang tepat untuk berdoa adalah permohonan ampun dan bersyukur.. karna bersyukur merupakan doa yang mendatangkan nikmat yang banyak dari kemurahan allah...